PERTANYAAN UMUM


1. Apakah rumpai laut?
Sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara terapung di laut. Banyak terdapat perairan timur sabah dan ia merupakan sebahagian daripada projek kerajaan malaysia.

2. Apakah khasiat rumpai laut?
Untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, mengurangkan risiko penyakit kronik kerana rumpai laut mempunyai banyak kandungan mineral yang diperlukan badan manusia.

3. Apakah kesan sampingan jika ada?
Penternakan rumpai laut tidak menggunakan baja atau racun kimia. Ia dibiarkan tumbuh sehinggga matang sebelum dituai. Rumpai laut yang telah dituai akan dijemur atau stim sehingga kering, kemudian dijual.

4. Siapakah yang boleh ambil rumpai laut ini?
Lelaki dan perempuan kecuali perempuan baru mengandung atau lepas bersalin dan kanak-kanak bawah umur 2 tahun. Bagi kanak-kanak bawah 10 tahun, hadkan pengambilan 1 ke 2 sudu sehari sahaja.

5. Kenapa rumpai laut berubah warna dan ada kristal putih?
Kristal putih adalah garam laut. Ianya akan hilang apabila dicuci. Warna rumpai laut berubah mengikut proses pengeringan.

6. Apakah beza rumpai laut ungu dengan kuning?
Rumpai laut ungu lebih banyak khasiat berbanding rumpai laut kuning kerana rumpai laut ungu diproses secara semulajadi. Rumpai laut kuning diproses secara stim yang menyebabkan khasiatnya  berkurangan.

7. Berapa lama rumpai laut mentah boleh bertahan?
Setahun lebih jika tidak bercampur dengan bahan luar atau cecair.

8. Apakah cara simpanan rumpai laut yang telah dimasak?
Mesti disimpan dalam peti ais untuk mengelakkan daripada basi atau rosak.

9. Bagaimana rasa rumpai laut?
Tawar dan sedikit hanyir. Untuk kurangkan hanyir, rendam dengan daun pandan atau masukkan daun pandan semasa memasak. Boleh juga direndam dengan asam keping.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan