RESEPI

RESEPI RUMPAI LAUT

Resepi 1: Kerabu Darat Rumpai Laut

Bahan-bahan
25g rumpai laut 
setengah biji kelapa goreng (kerisik)
2 ekor ikan kembung 
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 inci halia
2 biji cili padi
1 batang serai 
3 sudu perahan asam limau
garam (mengikut citarasa)
gula (mengikut citarasa)

Cara-cara 
1)  Cuci bersih mengikut kaedah yang betul, rendam rumpai laut sehingga kembang,
    Setelah kembang potong kecil ikut citarasa
2) Ikan kembung dibakar dan dikupas isinya
3) 2 ulas bawang merah dan halia di tumbuk  bersama isi ikan
4) 3 ulas bawang merah, bawang besar,cili padi serta serai dimayang halus  
5) Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati
6) masukkan perahan asam limau, garam dan gula mengikut citarasa
7) Sedia untuk dihidang
(boleh ditambah dengan bahan-bahan kerabu yang lain seperti cili padi, mangga muda, tomato dan sebagainya) 


Resepi 2: Kerabu Tumis Rumpai Laut

Bahan-bahan
25 gram rumpai laut
7 biji cili kering*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 btg serai*
sedikit halia*
budu
cuka/jus limau nipis
400ml santan
Kerisik/kelapa goreng(di tumbuk sedikit)
gula melaka/gula
garam

Cara-cara
Cuci dan sediakan rumpai laut seperti resepi 1 di atas

tumisan
tumbuk lumat/kisar bahan-bahan bertanda *
santan dipanaskan sehingga pecah minyak
setelah pecah minyak masukkan bahan yang ditumbuk, masak sehingga pekat dan berminyak
masukkan garam dan gula melaka/gula secukup rasa

Semasa hendak makan
gaulkan sebati rumpai laut, tumisan 3 sudu besar, perahan limau nipis/cuka, sedikit budu
siap untuk dihidang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan